Wednesday 28 September 2016

Video Mahkamah di Malaysia

     

Video Prosedur Perbicaraan Kes Jenayah di Mahkamah Syariah

Video Pengasingan Kuasa

Video Pengasingan Kuasa

Jawapan latihan pengukuhan



1. -  Badan Perundangan
    -  Badan Pentadbiran
    -  Badan Eksekutif

2. - idea pengasingan kuasa adalah untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu- satu badan ini sukar dilaksanakan secara menyeluruh kerana setiap badan tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

3. - YDPA( Yang di-Pertuan Agong)
    - Dewan Rakyat
    - Dewan Negara

4. Fungsi Dewan Rakyat
- membuat/ meminda/ mengubal/ meluluskan rang undang-undang
- merupakan satu forum rasmi untuk membolehkan setiap dasar- dasar kerajaan diperdebatkan

   Fungsi Dewan Negara
- membahaskan rang undang- undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan teliti
- membincangkan perkara- perkara yang menjadi persoalan yang membabitkan kepentingan umum

5. - memperuntukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya

6. - agensi yang tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan

7. - Berfungsi untuk melincinkan pentadbiran dan perlaksaaan program pembangunan negara.
    - Mempunyai kuasa antonomi dan peruntukan kewangan sendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan

8. - bahagian
    - daerah
    - daerah kecil
    - kampung

9. - membicarakan kes- kes jenayah bagi mereka yang berumur antara 10 hingga 18 tahun
    - seseorang kanak- kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun
    - perbicaraan dilakukan secara tertutup

10. - Mahkamah Tentera
      - Mahkamah Perusahaan
      - Mahkamah Buruh
      - Mahkamah Khas Raja- Raja
      - Mahkamah Negeri


Tuesday 27 September 2016

Latihan Pengukuhan


            
      1.   Nyatakan 3 badan dalam pengasingan kuasa?
2.   Apakah idea pengasingan kuasa?
3.   Nyatakan tiga komponen yang terdapat dalam Parlimen?
4.   Apakah fungsi Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
5.   Apakah peruntukan yang terdapat dalam Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan?
6.   Apakah maksud Kementerian?
7.   Apakah fungsi Badan Berkanun?
8.   Terangkan struktur pentadbiran daerah di Sarawak?
9.   Apakah yang dibicarakan dalam mahkamah juvana?
10. Mahkamah khas terdapat dalam mahkamah persekutuan. Nyatakan jenis-jenis mahkamah  
     yang terdapat dalam mahkamah khas?

Sunday 25 September 2016

Pengajaran


  • Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
  • Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
  • Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang-undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal.
  • Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.
  • Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktirafkan kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihanraya.