Sunday 25 September 2016

Kesimpulan


Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi ­garis panduan dalam sistem pemerintahan , sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.

  Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan persetujuan yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.

  Oleh itu, ketinggian Perlembagaan seharusnya dijunjungi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.

  Konsep pengasingan kuasa pemerintahan kepada bahan perundangan, pentadbiran dan kehakiman yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa Perlembagaan adalah bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran negara.


  Peranan Raja Berperlembagaan pula ialah mengekalkan kesinambungan sejara dan tradisi negara di dalam perlembagaan. Pemerintahan sebegini membezakan Malaysia dengan negara-negara lain. Perlembagaan yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka.

No comments:

Post a Comment