Wednesday, 28 September 2016
Jawapan latihan pengukuhan
1. - Badan Perundangan
- Badan Pentadbiran
- Badan Eksekutif
2. - idea pengasingan
kuasa adalah untuk mengelakkan kuasa mutlak berpusat pada satu- satu badan ini
sukar dilaksanakan secara menyeluruh kerana setiap badan tersebut mempunyai
perkaitan antara satu sama lain.
3. - YDPA(
Yang di-Pertuan Agong)
- Dewan
Rakyat
- Dewan Negara
4. Fungsi Dewan Rakyat
- membuat/
meminda/ mengubal/ meluluskan rang undang-undang
- merupakan
satu forum rasmi untuk membolehkan setiap dasar- dasar kerajaan diperdebatkan
Fungsi Dewan Negara
-
membahaskan rang undang- undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih
mendalam dan teliti
-
membincangkan perkara- perkara yang menjadi persoalan yang membabitkan
kepentingan umum
5. - memperuntukan
ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam
menjalankan tugasnya
6. - agensi yang tertinggi dalam jentera pentadbiran
Persekutuan
7. - Berfungsi untuk melincinkan pentadbiran dan
perlaksaaan program pembangunan negara.
- Mempunyai kuasa antonomi dan peruntukan kewangan
sendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan
8. - bahagian
- daerah
- daerah kecil
- kampung
9. - membicarakan kes- kes jenayah bagi mereka yang
berumur antara 10 hingga 18 tahun
- seseorang kanak- kanak yang didapati bersalah akan
dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai umur 21 tahun
- perbicaraan dilakukan secara tertutup
10. - Mahkamah Tentera
- Mahkamah Perusahaan
- Mahkamah Buruh
- Mahkamah Khas Raja- Raja
- Mahkamah
Negeri
Tuesday, 27 September 2016
Latihan Pengukuhan
1. Nyatakan 3 badan dalam pengasingan
kuasa?
2. Apakah idea
pengasingan kuasa?
3. Nyatakan tiga
komponen yang terdapat dalam Parlimen?
4. Apakah fungsi
Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
5. Apakah peruntukan
yang terdapat dalam Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan?
6. Apakah maksud
Kementerian?
7. Apakah fungsi
Badan Berkanun?
8. Terangkan
struktur pentadbiran daerah di Sarawak?
9. Apakah yang
dibicarakan dalam mahkamah juvana?
10. Mahkamah khas
terdapat dalam mahkamah persekutuan. Nyatakan jenis-jenis mahkamah
yang
terdapat dalam mahkamah khas?
Sunday, 25 September 2016
Pengajaran
- Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri.
- Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
- Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang-undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal.
- Sistem pentadbiran negara Malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukkan tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.
- Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktirafkan kedaulatan rakyatnya melalui sistem pilihanraya.
Kesimpulan
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Perlembagaan Malaysia yang digubal menjadi garis panduan dalam sistem pemerintahan , sistem politik dan pentadbiran negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.
Perlembagaan
merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Permuafakatan
sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan merupakan persetujuan
yang telah diterima oleh pelbagai pihak pada ketika itu.
Oleh itu, ketinggian
Perlembagaan seharusnya dijunjungi bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan
negara Malaysia. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi
Berparlimen di Malaysia.
Konsep pengasingan
kuasa pemerintahan kepada bahan perundangan, pentadbiran dan kehakiman yang
diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah kuasa Perlembagaan adalah
bertujuan menjamin keamanan dan kemakmuran negara.
Peranan Raja
Berperlembagaan pula ialah mengekalkan kesinambungan sejara dan tradisi negara
di dalam perlembagaan. Pemerintahan sebegini membezakan Malaysia dengan
negara-negara lain. Perlembagaan yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah
negara berdaulat dan merdeka.
Saturday, 24 September 2016
Saturday, 20 August 2016
Rujukan
- Buku Siri Politeknik Pengajian Malaysia Oxford Fajar
- http://www.slideshare.net/ceritakami/242-pengasingan-kuasa
- https://www.scribd.com/doc/5558503/KONSEP-PENGASINGAN-KUASA
- https://www.google.com/search?q=pengasingan+kuasa&espv=2&biw=1366&bih=623&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ved=0ahUKEwiVlK6EydDOAhVFo48KHfQDA8UQsAQILQ
- https://prezi.com/qjdzo_hx_0mr/konsep-doktrin-pengasingan-kuasa/
- https://www.youtube.com/watch?v=uCOJ-AKxWn4
- https://www.youtube.com/watch?v=QzmfTYoo5iY
Friday, 19 August 2016
Badan Kehakiman ( Judiciary)
- Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Badan
kehakiman mempunyai kuasa :
- Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
- Menentukan kesasihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana
- Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
Kebebasan Badan Kehakiman
- Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan badan perundangan.Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:
- Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkaan jawatannya sebelum mencapai umur bersara, iaitu 65 tahun kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur) atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya barulah boleh dipecat.Pemecatan ini pula perlu disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.
- Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
- Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
- Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,kecuali perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.
- Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri .Sebelum pelantikan dibuat,Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.
- Dalam pelantikan Hakim Besar Tanah Malaysia,beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi.Manakala dalam soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia dan Malaysia.
- Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agung, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar manakala pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
- Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar.Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong.Manakala,pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja /Gabenor tanpa Hakim Besar.
Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
- Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan.
- Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
- Mahkamah Persekutuan- terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
- Mahkamah Negeri- terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak)
Badan Pentadbiran (Eksekutif)
PERINGKAT PERSEKUTUAN
Pada peringkat persekutuan, jentera pentadbiran seperti
kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksnakan tugas-
tugas pemerintahan dan pentadbiran negara. Sejak mendapat kemerdekaan pada
tahun 1957, negara ini terus
memperkemaskan sistem pemerintahan mengikut acuan sendiri walaupun ada
sesetengah perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat.
Secara asasnya, pentadbiran Persekutuan diterajui oleh
Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet. Kesemua menteri kabinet merupakan
mereka yang memenangi dalam pilihan raya.
- Kabinet bertanggungjawab dalam merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara
- Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri lain.
- Perdana Menteri dilantik oleh YDPA manakala menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
KABINET
Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan system
pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara. Sistem ini
sebenarnya diasaskan di Britian.
Kebanyakan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh
segolongan manusia yang mendapat sokongan majority dalam pilihan raya dan
memduduki kerusi di parlimen atau dewan perundangan. Antara contohnya ialah
jawatan perdana menteri.
SISTEM KABINET
Yang Di-Pertuan Agong
- situasi di Malaysia, Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuaan memperuntukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya.
- Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA di kehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet.
- Di Malaysia, kabinet/Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Jemaah menteri terdiri daripada seorang perdana menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
Perdana Menteri
- Seorang perdana menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua jemaah menteri. Keadaan ini juga bermakna, beliau mempunyai kuasa unuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyetai kabinetnya.
- Seorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri merupakan penyokong kerajaan pemerintah.
- Demokrasi berparlimen, ahli-ahli Jemaah menteri bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah menteri.
Jemaah Menteri
- Peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
- Seorang menteri itu merujuk kepada jabatan-jabatan di bawah kementerian yang terlibat sebelum rang undang-undang itu diusulakn di parlimen.
KEMENTERIAN
- Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
- Setiap kementerian nertangungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut
- Kementerian diketuai oleh seorang menteri dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
- Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian tetapi ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri unuk melaksanakan tugas tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
- Ketua Setiausaha(KSU) menjadi merukan penasihat utama kepada menteri serta bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian.
Jabatan
- Merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri. Diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
- Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Perbadanan Awam/ Perkhidmatan Awam
- Merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung.
- Contoh: Perbadanan Awan ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia(FINAS)
Badan berkanun
- Merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
- Ketua Badan Berkanun dipanggil Pengerusi.
- Berfungsi untuk melincinkan pentadbiran dan perlaksaaan program pembangunan negara.
- Mempunyai kuasa antonomi dan peruntukan kewangan sendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
- Contoh: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) , Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).
SURUHANJAYA
- Untuk memastikan jentera pentadbiran berjalan dengan lancar dan sistematik, kerajaan telah membentuk, dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap Ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya Sementara pula ditubuhkan untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara yang timbul pada satu-satu masa.
PERINGKAT NEGERI
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa
kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh
raja/sultan/yang di pertuan negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi
Seksyedn 1(2) seperti yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan persekutuan
Malaysia yang membolehkan raja bertindak
menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berkut:
a. Melantik
Menteri Besar/ Ketua Menteri
b. Mempersetujui
atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan Negeri.
c. Memperkenalkan
pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri dalam kalangan mereka yang mengetuai
parti yang Berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihan raya pada peringkat
negeri.
d. Memperkenalkan
pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) / Jemaah Menteri atas
nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri
PERINGKAT DAERAH
Peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu
oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah
pula ditadbir oleh penghulu.
Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada
empat iaitu:
i- Bahagian- ditadbir oleh Residen
ii- Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah
iii- Daerah kecil- ditadbir oleh Pegawai Anak
Negeri
iv- Kampung- ditadbir oleh Penghulu
Di Sabah pula
terdapat dua peringkat pentadbiran daerah iaitu:
i- Daerah- ditadbir
oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Pegawai Anak Negeri)
ii- kampung-
ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh orang tua)
Badan Perundangan - Peringkat Persekutuan
PARLIMEN
|
- Badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara
- Menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan orang ramai
- Parlimen melambangkan kewujudan demokrasi kerana ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui PR.
- Mempunyai 3 komponen
- Mengamalkan konsep Dwi Dewan (D.Negara + D.Rakyat)
- Pemegang kuasa perundangan Persekutuan Malaysia
- Badan Eksekutif pihak majoriti kerusi di dalam parlimen (Dewan Rakyat) yang melayakkan menjadi kerajaan yang memerintah.
Perkara
44(4) Perlembagaan Persekutuan
- Menjelaskan kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Dua Majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Perkara 55
Perlembangan Malaysia
- memperuntukkan hanya YDPA sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang
- YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan dan membubarkan Parlimen
- Parlimen akan kekal untuk tempoh 5 tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal
- Parlimen akan terbubar dengan sendiri setelah genap 5 tahun
Perkara 66(4)
Perlembgaan Malaysia
- YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari
- Jika YDPA tidak berbuat demikian, rang undang-undang menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut
Pilihan raya
umum
- Memilih wakil-wakil Dewan Rakyat diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
- YDPA akan memanggil Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang ditetapkan tidak melebihi 120 hari dan tarikh pembubaran
Tugas-tugas
Parlimen
- Menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan Malaysia.
- Mengenakan, menambahkan atau memansuhkan cukai.
- Mengawal Badan Eksekutif melalui kelulusan anggaran Belanjawan Tahunan.
- Meminda perlembagaan.
- Membolehkan rakyat menyoal tindakan-tindakan kerajaan melalui wakil-wakil mereka di dalam Parlimen.
Mesyuarat Parlimen
- Persidangan Parlimen mengikut tarikh mesyuarat yang disusun dalam kalendar yang dikenali sebagai Takwim Parlimen.
- Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan antara Mesyuarat Parlimen terakhir dan yang akan datang.
- Tempoh Parlimen dibahagikan kepada lima penggal iaitu setahun untuk sepenggal.
- Kekal selama lima tahun kecuali dibubarkan oleh YDPA.
- Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan parlimen mestilah dipanggil bersidang semula dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran.
- Dua mesyuarat Parlimen yang penting adalah Pembukaan Rasmi Persidangan Parlimen dan Pembentangan Belanjawan Negara
Keistimewaan Parlimen
- Berkuasa membuat peraturan dewan dan menghukum ahli dewan
- Apa-apa Perjalanan atau prosiding dalam Parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah.
- Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuatnya dalam Parlimen.
- Tidak boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif di bawah Akta Hasutan seperti:
a) Hak keistimewaan Orang Melayu
b) Kerakyatan
c) Bahasa Kebangsaan
d) Kedaulatan Raja-raja Melayu
e) Agama
KELAYAKAN MENJADI
AHLI PARLIMEN
|
HILANG
KELAYAKAN AHLI PARLIMEN
|
|
|
SARAAN AHLI
PARLIMEN
|
|
|
3 Komponen :
1.
Komponen Pertama: Yang Di-Pertuan Agong
|
|
2. Komponen Kedua: DEWAN RAKYAT
|
3. Komponen Ketiga: DEWAN NEGARA
|
|||
LATAR BELAKANG
|
||||
|
|
|||
FUNGSI
|
||||
|
|
|||
PERANAN
|
||||
|
|
|||
KEAHLIAN
|
||||
|
a. 26 orang ahli adalah dari 13 buah
negeri (di pilih oleh DUN untuk mewakili negeri)
b. 44 orang ahli yang dilantik Yang
Dipertuan Agong, termasuk dua orang ahli dari Wilayah Persekutan Kuala Lumpur
dan Seorang dari Wilayah Persekutan Labuan & Putrajaya
|
Subscribe to:
Posts (Atom)