Friday 19 August 2016

Badan Kehakiman ( Judiciary)


  • Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Badan kehakiman mempunyai kuasa :
  • Mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah
  • Menentukan kesasihan undang-undang  yang dibuat oleh  badan perundangan dan badan pelaksana
  • Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri




Kebebasan Badan Kehakiman
  • Kebebasan badan kehakiman bermaksud ia bebas daripada kawalan badan pentadbiran dan badan perundangan.Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada perkara-perkara berikut:
  • Seseorang hakim ( Hakim Mahkamah Agung/Hakim Mahkamah Tinggi) setelah dilantik tidak boleh dilucutkaan jawatannya sebelum mencapai umur bersara,  iaitu 65 tahun kecuali jika didapati kelakuannya tidak baik atau kerana beliau sudah tidak berupaya (tubuh badannya uzur)  atau sebab-sebab lain yang boleh memberi kesan kepada ke atas tugasnya barulah boleh dipecat.Pemecatan ini pula perlu  disyorkan oleh sebuah tribunal (atas nasihat perdana menteri) yang mengandungi lima atau lebih hakim yang telah bersara atau sedang memegang jawatan dari Malaysia atau mana-mana negara Komanwel.
  • Saraan seorang hakim diperuntukkan oleh Akta Parlimen dan saraan tersebut hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
  • Saraan hakim dan syarat-syarat jawatan yang lain tidak boleh diubah.
  • Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen,kecuali perkara itu telah dikemukakan oleh tidak kurang daripada satu per empat ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara tersebut.




Pelantikan Hakim


  • Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri .Sebelum pelantikan dibuat,Perdana Menteri juga perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara.
  • Dalam pelantikan Hakim Besar Tanah Malaysia,beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar Mahkamah Tinggi.Manakala dalam soal pelantikan Hakim Besar Borneo, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri Malaysia dan Malaysia.
  • Bagi pelantikan Hakim Mahkamah Agung, beliau harus berunding dengan dua orang Hakim Besar manakala pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi,beliau perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
  • Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Hakim Besar.Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik Yang di-Pertuan Agong.Manakala,pelantikan bagi negeri-negeri dilantik oleh Raja/Sultan/Gabenor atas cadangan Hakim Besar. 
  • Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja /Gabenor tanpa Hakim Besar.




Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia

  • Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan.
  • Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu:
  • Mahkamah Persekutuan- terdiri daripada Mahkamah  Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
  • Mahkamah Negeri- terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat (Sabah dan Sarawak) 



Struktur Badan Kehakiman Malaysia









Jenis-jenis Mahkamah


 
 





4 comments:

  1. Apakah 3 kuasa badan kehakiman dalam badan perundangan ya ??

    ReplyDelete
  2. maksud mahkamah adat boleh terangkan tak ?

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang?

    ReplyDelete