Friday 19 August 2016

Badan Perundangan - Peringkat Persekutuan


 PARLIMEN





Image result for parlimen

  • Badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara
  • Menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan orang ramai
  • Parlimen melambangkan kewujudan demokrasi kerana ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui PR.
  • Mempunyai 3 komponen                            
  • Mengamalkan konsep Dwi Dewan (D.Negara + D.Rakyat)
  • Pemegang kuasa perundangan Persekutuan Malaysia
  • Badan Eksekutif pihak majoriti kerusi di dalam parlimen (Dewan Rakyat) yang melayakkan menjadi kerajaan yang memerintah.


Perkara 44(4) Perlembagaan Persekutuan
  • Menjelaskan kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi  Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Dua Majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat


Perkara 55 Perlembangan Malaysia
  • memperuntukkan hanya YDPA sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang
  • YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan dan membubarkan Parlimen
  • Parlimen akan kekal untuk tempoh 5 tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal
  • Parlimen akan terbubar dengan sendiri setelah genap 5 tahun


Perkara 66(4) Perlembgaan Malaysia
  • YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari
  • Jika YDPA tidak berbuat demikian, rang undang-undang menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut


Pilihan raya umum
  • Memilih wakil-wakil Dewan Rakyat diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak
  • YDPA akan memanggil Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang ditetapkan tidak melebihi 120 hari dan tarikh pembubaran


Tugas-tugas Parlimen
  • Menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan Malaysia.
  • Mengenakan, menambahkan atau memansuhkan cukai.
  • Mengawal Badan Eksekutif melalui kelulusan anggaran Belanjawan Tahunan.
  • Meminda perlembagaan.
  • Membolehkan rakyat menyoal tindakan-tindakan kerajaan melalui wakil-wakil mereka di dalam Parlimen.


Mesyuarat Parlimen
  • Persidangan Parlimen mengikut tarikh mesyuarat yang disusun dalam kalendar yang dikenali sebagai Takwim Parlimen.
  • Tidak boleh dibiarkan jarak enam bulan antara Mesyuarat Parlimen terakhir dan yang akan datang.
  • Tempoh Parlimen dibahagikan kepada lima penggal iaitu setahun untuk sepenggal.
  • Kekal selama lima tahun kecuali dibubarkan oleh YDPA.
  • Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan parlimen mestilah dipanggil bersidang semula dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran.
  • Dua mesyuarat Parlimen yang penting adalah Pembukaan Rasmi Persidangan Parlimen dan Pembentangan Belanjawan Negara


 Keistimewaan Parlimen
  • Berkuasa membuat peraturan dewan dan menghukum ahli dewan
  • Apa-apa Perjalanan atau prosiding dalam Parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah.
  • Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuatnya dalam Parlimen.
  • Tidak boleh mempersoalkan kewujudan perkara-perkara sensitif di bawah Akta Hasutan seperti:

       a) Hak keistimewaan Orang Melayu
       b) Kerakyatan
       c) Bahasa Kebangsaan
       d) Kedaulatan Raja-raja Melayu
       e) Agama


KELAYAKAN MENJADI AHLI PARLIMEN
HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN
  • Terdiri daripada ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Ahli Dewan Negara mesti berumur 30 tahun ke atas dan ahli Dewan Rakyat berumur 21 tahun ke atas.
  • Seorang warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di Malaysia.
  • Sempurna akal.
  • Tidak melakukan kesalahan yang membolehkan keahlian dibatalkan.
  • Ahli di sahkan oleh pakar perubatan mengalami masalah jiwa dan emosi (gila)
  • Diisytiharkan jatuh Bankrap.
  • Memegang jawatan bergaji.
  • Gagal menghantarkan penyata perbelanjaan pilihanraya bagi Parlimen dalam masa 33 hari selepas disiarkan pilihan raya.
  • Disabitkan melakukan kesalahan jenayah.
  • Memperolehi dengan kerelaaan sendiri kewarganegaraan asing.
SARAAN AHLI PARLIMEN
  • Saraan ahli Parlimen, Yang Dipertua Dewan, Timbalan Yang Dipertua Dewan dan Setiausaha kedua-dua buah dewan ditanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan.
  • Saraan itu hanya boleh ditambah, tidak boleh dikurangkan.
  • Apabila wakil rakyat tamat perkhidmatan satu tempoh, mereka diberi pencen sebanyak separuh daripada saraan, jika berkhidmat melebihi dua tempoh mereka mendapat pencen penuh.

































3 Komponen :


1.      Komponen Pertama: Yang Di-Pertuan Agong


  • Pembukaan rasmi penggal Parlimen (Titah Ucapan Diraja)
  • Memanggil Mesyuarat Parlimen dan menangguhkan penggal Parlimen mengikut Perlembagaan
  • Membubarkan Parlimen mengikut budi bicara Baginda
  • Memperkenankan Akta baru, pindaan Akta lama, pindaan Perlembagaan dan Undang-undang Kewangan
  • Dalam menjalankan kuasa perundangan, Baginda mengikut nasihat Perdana Menteri



2. Komponen Kedua: DEWAN RAKYAT
3. Komponen Ketiga: DEWAN NEGARA
LATAR BELAKANG
  • 222 kerusi di dalam Dewan Rakyat yang mewakili 222 kawasan Pilihanraya Parlimen
  •      Mempunyai kuasa pemutus dalam Undang-undang Kewangan.

  • Dilantik oleh YDPA dan di beri gelaran  Senator.
  • Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli Senator.

FUNGSI
  • Membuat/meminda/mengubal /meluluskan rang undang-undang
  • Merupakan satu forum rasmi untuk membolehkan setiap dasar-dasar kerajaan diperdebatkan.

  • Dilantik oleh YDPA dan di beri gelaran  Senator.
  • Dewan Negara mempunyai 70 orang   ahli Senator.


                                            PERANAN
  • Mengubalkan dan meluluskan Undang-undang yang membabitkan negara.
  • Mengawal hal-ehwal kewangan negara.
  • Membentangkan masalah-masalah yang berkaitan dengan rakyat di Parlimen.
  • Membahaskan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan teliti.
  • Memohon Dewan Rakyat mengkaji semula sesuatu Rang Undang-undang.
  • Befungsi sebagai badan yang menyemak sesuatu Rang Undang-undang
                                          KEAHLIAN
  • Dipilih  melalui pilihanraya umum
  • Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya
  • .Bilangan ahli-ahli Dewan Rakyat pada Pilihanraya Umum tahun 2008 adalah seramai 222 orang ahli
  • Umur untuk menjadi seorang
  • Terdapat dua kategori lantikan:
a. 26 orang ahli adalah dari 13 buah negeri (di pilih oleh DUN untuk mewakili negeri)

b. 44 orang ahli yang dilantik Yang Dipertuan Agong, termasuk dua orang ahli dari Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Seorang dari Wilayah Persekutan Labuan & Putrajaya
  • Berumur 30 tahun dan keatas
  • Berjasa kepada negara,pakar dalam sesuatu bidang atau mewakili golongan-golongan tertentu

No comments:

Post a Comment