Thursday 18 August 2016

Jadual Kesembilan Dalam Perlembagaan Persekutuan


  • memperuntukkan pembahagian kuasa perundangan kepada tiga bahagian iaitu

Senarai Persekutuan
  • menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa Parlimen
SENARAI PERSEKUTUAN
1     Hal ehwal luar negeri
2     Pertahanan negara
3     Keselamatan dalam negeri
4     Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran
       keadilan
5     Kewarganegaraan persekutuan
6     Jentera kerajaan (tertakluk kepada senarai negeri)
7     Kewangan
8     Pertukangan, perdagangan dan perindustrian
9     Perkapalan, pelayaran dan perikanan
10   Perhubungan dan pengangkutan
11   Kerja-kerja dan kuasa persekutuan termasuk kerjaraya, bekalan air dan elektrik
12   Tinjauan, siasatan dan penyelidikan termasuk bancian, tinjauan persekutuan,
        tinjauan sosial penyelidikan sains dan teknik dan suruhanjaya siasatan
13   Pendidikan
14   Perubatan dan kesihatan
15   Buruh dan keselamatan social
16   Kebajikan orang asli
17   Pekerjaan profesional
18   Hari kelepasan selain hari kelepasan negeri
19   Pertubuhan tidak diperbadankan
20   Pengawalan makhluk perosak pertanian,perlindungan daripada makhluk
        perosak itu;  pencegahan penyakit tumbuhan
21   Akhbar, penerbitan, penerbit, percetakan dan mesian cetak
22   Penapisan
23   Panggung, panggung wayang, filem sinematograf, tempat hiburan
        (tertakluk butiran 5(f) senarai negeri)
25   Koperasi
25A Pelancongan
26   Pencegahan kebakaran dan pemadam api termasuk perkhidmatan
        bomba dan pasukan bomba tertakluk butiran 9A Senarai Bersama)
27   Perkara yang berhubung dengan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,
        Labuan dan Putrajaya)


Senarai Bersama
  • menyenaraikan perkara yang mana Parlimen dan DUN boleh menggubal undang-undang
SENARAI BERSAMA
1    Kebajikan masyarakat
2    Biasiswa
3    Perlindungan binatang dan burung liar, taman negara
4    Penternakan
5     Perancangan bandar dan desa
6     Kutu rayau dan penjaja dari tempat ke tempat
7     Kesihatan awam, kebersihan dan pencegahan penyakit
8     Saliran pengaliran
9     Pemulihan tanah lombong dan hakisan tanah
9A    Langkah keselamatan kebakaran dan mencegah kebakaran dalam
        pembinaan dan penyengaraan bagunan
9B    Kebudayaan dan sukan
9C    Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah
        pemajuan
9D    Bekalan dan perkhidmatan air (tertakluk kepada Senarai Persekutuan)
9E    Pemeliharaan warisan

      Senarai tambahan bagi senarai bersama untuk Sabah dan Sarawak termaktub dalam Seksyen 10-18 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan



Senarai Negeri
  • menyenaraikan perkara-perkara yang terletak di bawah kuasa DUN
SENARAI NEGERI
1     Hal ehwal agama Islam
2     Tanah
3     Pertanian dan perhutanan
4     Kerajaan tempatan
5     Perkhidmatan lain berciri tempatan seperti rumah tumpangan, tanah perkuburan,
       tempat kurungan binatang, pasar dan perlesenan panggung/ panggung wayang/
       tempat hiburan awam
6     Kerja-kerja negeri dan kerja air
7     Jentera pentadbiran kerajaan negeri
8     Hari kelepasan negeri
9     Perwujudan kesalahan perkara berkaitan senarai negeri
10   Siasatan bagi maksud negeri
11   Tanggung rugi berkenaan perkara dalam senarai negeri
12   Penyu dan menangkap ikan di sungai
12A Persekutuan, muzium serta rekod purba-kala dan sejarah dan peninggalan
        zaman purba

Senarai tambah bagi senarai negeri bagi Sabah dan Sarawak termaktub dalam Seksyen 13-20 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

No comments:

Post a Comment