Friday 19 August 2016

Badan Perundangan - Peringkat Negeri


  • Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri yang mengandungi Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri dan Dewan Undangan Negeri




Keanggotaan Dewan Undangan Negeri (DUN)


  • Seksyen 4, Jadual 8, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan DUN mestilah mengandungi sebilangan ahli yang dipilih.
  • Peranan Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri sebagai pihak berkuasa perundangan hanya akan hadir pada masa-masa yang khas sahaja seperti semasa pembukaan DUN.
  • Tugas utama Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri adalah memanggil DUN supaya bermesyuarat, memberhentikan dan membubarkannya.
  • Dalam hal ini, Raja/sultan/yang dipertua negeri tidak boleh membiarkan jarak enam bulan antara persidangan yang terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal seterusnya.
  • Selain itu, raja/sultan/yang dipertua negeri juga bertindak memberikan persetujuan kepada undang-undang  negeri yang telah diluluskan oleh DUN.


 Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

  • Berumur 21 tahun ke atas dan bermastautin tetap di negeri berkenaan. Perkara ini juga terpakai untuk negeri Sabah dan Sarawak.
  • Seseorang tidak boleh menjadi ahli DUN bagi lebih daripada satu kawasan pilihan raya pada suatu masa. DUN akan berjalan selama 5 tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya. Selepas itu, ia akan terbubar dengan sendirinya.
  • Apabila DUN dibubarkan, suatu pilihan raya di peringkat negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung  malaysia dan 90 hari di sabah dan sarawak.
  • Dewan yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari daripada tarikh pembubaran tersebut. Sesuatu kekosongan luar jangkaan juga mesti dipenuhi dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.




Perkara Yang Menyebabkan Seseorang Hilang Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)


  •      Diisytihar sebagai seorang yang tidak sempurna akal.
  •      Seorang bankrap yang belum dilepaskan.
  •      Memegang jawatan yang berpendapatan. 
  •      Setelah dinamakan untuk pilihan raya bagi mana-mana satu Parlimen atau bagi DUN atau setelah bertugas sebagai ejen pilihan raya, ahli tidak menghantar apa-apa penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  •      Disabitkan dengan suatu kesalahan oleh sesebuah makamah di Persekutuan dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau didnda tidak kurang daripada RM5,000 dan dia tidak mendapat keampunan.
  •      Kehilangan kelayakan di bawah mana-mana undang-undang mengenai kesalahan berkenaan dengan pilihan raya bagi mana-mana satu Parlimen atau bagi DUN.
  •     Sengaja memperoleh kewarganegaraan negara asing.



Menjalankan Kuasa Perundangan


Kuasa DUN adalah meluluskan undang-undang dan dipersetujui oleh Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri. Perkara 72 fasal (1) hingga (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tentang keistimewaan DUN. Seperti yang termaktub di dalam fasal (1),(2) dan (3):



(1)    sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana DUN tidak boleh dipersoal dalam   mana-mana mahkamah.


(2)    tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam     mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apaundi   yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana   DUN atau mana-mana jawatankuasanya.


(3)   tiada seseorang pun yang boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana Dewan Negeri.



        Pindaan Perlembagaan Negeri
  • Peruntukan yang terkandung adalah berkaitan warisan takhta kerajaan dan kedudukan para pembesar pemerintah dan pembesar adat Melayu tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.
  • Peruntukan lain adalah bagi sesebuah negeri yang tidak mempunyai raja tertakluk kepada sekatan, boleh dipinda oleh undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada perlembagaan negeri lain.

  1.  apa-apa pindaan yang akan menyelaraskan perlembagaan negeri dengan mana-mana peruntukan yang perlu yang dinyatakan dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  2. apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang memperuntukkan bilangan ahli yang dilantik bagi badan perundangan negeri.


Sesetengah Perlembagaan Negeri berkehendakkan persetujuan daripada kumpulan orang tertentu terhadap perkara berikut


a)     Perlantikan dan sifat-sifat waris takhta permaisuri raja atau pemangku raja atau ahli-ahli Jemaah Pemangku Raja Negeri.

b)    Pemecatan,penarikan diri dan penurunan takhta raja/waris.

c)     Perlantikan dan sifat-sifat para pembesar memerintah atau para pembesar adat Melayu serta ahli-ahli majlis penasihat mengenai agama atau adat dan badab seumpamanya.

d)    Hal mengadakan, mengatur, mengesah, melucutkan pangkat,gelaran,kehormatan, kebesaran, kurniaan adat Melayu,sifat-sifat bagi pemegangnya dan mengadakan peraturan mengenai balai diraja serta istana.

                       

1 comment:

  1. Terima kasih... nota ringkas dan padat serta mudah difahami...

    ReplyDelete