Friday 19 August 2016

Badan Pentadbiran (Eksekutif)




PERINGKAT PERSEKUTUAN

Pada peringkat persekutuan, jentera pentadbiran seperti kabinet dan kementerian memainkan peranan penting dalam melaksnakan tugas- tugas pemerintahan dan pentadbiran negara. Sejak mendapat kemerdekaan pada tahun  1957, negara ini terus memperkemaskan sistem pemerintahan mengikut acuan sendiri walaupun ada sesetengah perkara masih menggunakan corak pemerintahan ala Barat.
Secara asasnya, pentadbiran Persekutuan diterajui oleh Jemaah Menteri yang menganggotai kabinet. Kesemua menteri kabinet merupakan mereka yang memenangi dalam pilihan raya.

  • Kabinet bertanggungjawab dalam merangka dan menjalankan dasar tertinggi negara
  • Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri lain.
  • Perdana Menteri dilantik oleh YDPA manakala menteri lain dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.


KABINET

Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan system pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakan negara. Sistem ini sebenarnya diasaskan di Britian.
Kebanyakan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh segolongan manusia yang mendapat sokongan majority dalam pilihan raya dan memduduki kerusi di parlimen atau dewan perundangan. Antara contohnya ialah jawatan perdana menteri.

Image result for sistem kabinet

SISTEM KABINET

Yang Di-Pertuan Agong
  • situasi di Malaysia, Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuaan memperuntukan ahli-ahli Jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya.
  • Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA di kehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet.
  • Di Malaysia, kabinet/Jemaah menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif Jemaah menteri terdiri daripada seorang  perdana menteri dan beberapa orang menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
 Image result for yang dipertuan agong malaysia

Perdana Menteri
  • Seorang perdana menteri secara tidak langsung berperanan sebagai ketua jemaah menteri. Keadaan ini juga bermakna, beliau mempunyai kuasa unuk mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyetai kabinetnya.
  • Seorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri merupakan penyokong kerajaan pemerintah.
  • Demokrasi berparlimen, ahli-ahli Jemaah menteri bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah menteri.

Image result for perdana menteri malaysia


Jemaah Menteri
  • Peranan menteri-menteri adalah penting memandangkan seorang menteri merupakan pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
  • Seorang menteri itu merujuk kepada jabatan-jabatan di bawah kementerian yang terlibat sebelum rang undang-undang itu diusulakn di parlimen.



KEMENTERIAN

  • Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri.
  • Setiap kementerian nertangungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut
  • Kementerian  diketuai oleh seorang menteri dengan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
  • Menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian tetapi ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri unuk melaksanakan tugas tertentu dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berportfolio.
  • Ketua Setiausaha(KSU) menjadi merukan penasihat utama kepada menteri serta bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian.




Jabatan
  • Merupakan agensi pelaksana bagi sebuah kementerian atau pentadbiran negeri. Diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.
  • Semua kakitangan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.


Perbadanan Awam/ Perkhidmatan Awam
  • Merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaan terlibat secara langsung.
  • Contoh: Perbadanan Awan ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia(FINAS)


Badan berkanun
  • Merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
  • Ketua Badan Berkanun dipanggil Pengerusi.
  • Berfungsi untuk melincinkan pentadbiran dan perlaksaaan program pembangunan negara.
  • Mempunyai kuasa antonomi dan peruntukan kewangan sendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan.
  • Contoh: Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) , Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI).



SURUHANJAYA



Image result for suruhanjaya

  • Untuk memastikan jentera pentadbiran berjalan dengan lancar dan sistematik, kerajaan telah membentuk, dua suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap Ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Suruhanjaya Sementara pula ditubuhkan untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara yang timbul pada satu-satu masa.



PERINGKAT NEGERI

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri di setiap negeri dijalankan oleh raja/sultan/yang di pertuan negeri. Semua perlembagaan negeri mengandungi Seksyedn 1(2) seperti yang terkandung dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia yang membolehkan raja  bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berkut:

a.     Melantik Menteri Besar/ Ketua Menteri
b.     Mempersetujui atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Dewan Undangan             Negeri.
c.     Memperkenalkan pelantikan Menteri Besar/ Ketua Menteri dalam kalangan mereka                 yang mengetuai parti yang Berjaya memenangi undi majoriti dalam pilihan raya pada               peringkat negeri.
d.     Memperkenalkan pelantikan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) /                   Jemaah Menteri atas nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri



PERINGKAT DAERAH

Peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.

Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat iaitu:

i-    Bahagian- ditadbir oleh Residen
ii-   Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah
iii-  Daerah kecil- ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri
iv-  Kampung- ditadbir oleh Penghulu

Di Sabah  pula terdapat dua peringkat pentadbiran daerah iaitu:

i-    Daerah- ditadbir oleh Pegawai Daerah (dibantu oleh Pegawai Anak Negeri)
ii-   kampung- ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh orang tua)







13 comments: